Wednesday, September 30, 2015

Pelita padam

Lelah lemah hati, terpaku pada dunia, dalam pelita padam, kau ucapkan selamat malam, ucapan terakhir sebelum kau padam dan menghilang.

Kau pelita pernah ada dalam hidupku, penerang jalan ketika aku tersesat, penggembira hati ketika sedih, kau pelita kini padam

Hanya ada aku yang ingat kau, hanya aku yang berharap kau kembali, hanya aku yang ingat hangatnya kau.

Pelita, selamat tinggal, tak berjodoh lama rupanya kita, mungkin pula tak akan bertemu lagi nanti,

Pelita, jangan simpan amarahmu padaku, jangan ingat kebencianmu padaku, ingatlah aku begitu mengharapkanmu


Dm_shadaa

No comments:

Post a Comment